Daisypath Graduation tickers

Wednesday 8 March 2017

PENDAM

Makin hari makin aku pendam, makin aku jadi diam makin aku kaku untuk mengatakan tentang perasaan ini. Aku menganggap apa yang berlaku adalah Takdir yang telah ditentukan, terasa hati ini sayu dan kecewa serta tak mampu aku ungkapkan, Adakah aku saja yang rasa begini? Mungkin Takdir mengatakan tiada jodoh untuk kita bersama dengan perlahan aku mengundur diri sebaiknya. Sakitnya masih ada sakitnya masih sama cuma kali ini aku memilih untuk pergi. Pergi dari segala janji pergi dari segala kenangan pergi dan pergi tanpa menanti. Sebak hati ini bila mengenangkan segalanya. Hati menipu untuk okay sahaja dalam keadaan ini, sakit untuk melupakan sakit untuk pergi. Tetapi kalau ini cara yang paling terbaik, aku akan pergi seperti yang kau mahukan. Cukuplah segala kepahitan cukuplah segala keperitan yang kau berikan. Aku berdoa sentiasa semoga hidup kau bahagia. Suatu hari nanti semoga kau sedar atas segalanya, waktu itu jika kita ada jodoh mungkin kita akan disatukan, tetapi jika tiada jodoh semoga kau bahagia bersama pilihan kau yang kau sayang sentiasa. Tapi satu harapku semoga kau tidak terlambat untuk menyedari hal yang telah terjadi. Aku yakin kau mampu melawan ego, jangan sakitkan diri kau kerana ego semata mata. Semoga Allah melembutkan hati kau. Doa untuk kebahagiaan kau akan selalu aku ingati. Jika keputusan yang kau buat membuat kau rasa tenang membuat kau rasa lega syukurlah kau dah bahagia. Doakan aku juga begitu :)